awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis catat prestasi kukuh tahun 2015

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
04/02/2016
09:53 MYT
Maxis catat prestasi kukuh tahun 2015
Morten Lundal berkata rangkaian moden kumpulan itu meliputi hampir 90% penduduk dan rangkaian LTE 4G telah meningat kepada 71% liputan penduduk. - Foto Astro AWANI
Keuntungan sebelum cukai Maxis Berhad pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 meningkat kepada RM2.46 bilion.
Ini berbanding RM2.44 bilion tempoh sama 2014.
Pendapatan syarikat turut bertambah kepada RM8.6 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Morten Lundal berkata rangkaian moden kumpulan itu meliputi hampir 90 peratus penduduk.
Manakala rangkaian LTE 4G telah meningat kepada 71 peratus liputan penduduk.
“2015 merupakan tahun yang cemerlang bagi kami. Kami telah merekodkan pertumbuhan bagi kedua-dua hasil dan keuntungan, dan juga telah memenangi pegangan pasaran. Prestasi kami didorong oleh pertumbuhan tinggi bagi prabayar dan juga pascabayar yang kukuh.
“Pada tahun 2015, hasil perkhidmatan kami meningkat 3.8% dan ini didorong oleh pertumbuhan prabayar yang amat tinggi sebanyak 6.2%. Pertumbuhan prabayar didorong oleh jumlah pengguna data yang semakin meningkat dan perkhidmatan bersepadu dan pegangan yang lebih tinggi dalam pasaran migran,” katanya ketika mengulas mengenai prestasi Maxis dalam rakaman video di YouTube.
Tambahnya, pascabayar juga kukuh dengan pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus didorong sekali lagi oleh data dan juga oleh 623,000 pelanggan tambahan yang kini menggunakan pelan MaxisONE kami.
Untuk suku keempat, keuntungan sebelum cukai Maxis naik kepada RM673 juta.
Manakala pendapatan bertambah kepada RM2.176 bilion
Maxis turut berkata pelaburan dalam rangkaian dan teknologi maklumat pada tahun lepas ialah RM1.3 bilion.
Topic Berkaitan
#LTE 4G
#Maxis
#Moren Lundal
#prestasi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan