Syarikat operasi McDonald's Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat tersebut berkata, zakat perniagaan itu dibayar pada Disember lepas bagi tempoh satu tahun setelah pengambilalihan syarikat berkenaan oleh Lionhorn Pte Ltd, anak syarikat Reza Group Arab Saudi pada 1 Dis 2016.

"Zakat itu dibayar kepada pihak berkuasa zakat negeri yang berkaitan berdasarkan aset semasa bersih bagi tempoh 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2017," katanya.

-- BERNAMA