PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia (McDonald’s) memperuntukkan RM1.35 bilion untuk terus mengembangkan perniagaan syarikat itu di negara ini dengan memperluas rangkaian restorannya dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Visi 2026.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, syarikat itu juga merancang untuk membuka 205 restoran baharu dan menawarkan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia menjelang 2026.
Katanya, ketika ini terdapat 318 restoran di seluruh negara dan pihaknya merancang membuka restoran baharu menjadikan keseluruhan 500 restoran menjelang 2026.
“Kami menawarkan bukan sekadar pekerjaan tetapi kerjaya bermakna di McDonald’s. Hari ini, seseorang mungkin menyertai kami sebagai kru restoran tetapi dengan latihan dan tunjuk ajar, mereka berpotensi dinaikkan pangkat dengan mudah di McDonald’s dalam tempoh beberapa tahun.
“Komiten McDonald’s untuk mengukuhkan kebolehpasaran belia telah pun diiktiraf dalam industri hospitaliti. Hari ini, belia Malaysia boleh memulakan kerjaya melalui Program Perantisan Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
“Selain itu, peluang pekerjaan ini juga terbuka kepada 100 peratus rakyat tempatan serta semua kumpulan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU), golongan berusia, hilang pekerjaan, ibu tunggal, berkeluarga dan tidak semestinya golongan belia,” katanya ketika ditemui pemberita.
Jelas Azmir lagi, untuk rekod sehingga tahun lalu, McDonald’s Malaysia telah melatih lebih 3,500 belia selain menyasarkan pelaburan RM300 juta dalam program-program latihan dan pembangunan.
Beliau berkata demikian pada majlis Pengumuman Prestasi Perniagaan Tahun 2021 dan Pelan Pengembangan Perniagaan McDonald’s Malaysia di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau menambah, meskipun berdepan persekitaran mencabar dua tahun kebelakangan ini, syarikat itu masih merekodkan pertumbuhan memberangsangkan, iaitu sebanyak 15 peratus pada 2021 berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Kami mampu menghadapi persekitaran yang mencabar sepanjang dua tahun kebelakangan ini disebabkan oleh keputusan berani yang diambil untuk memberi tumpuan terhadap pemacu utama perniagaan, iaitu Pandu-Lalu, McDelivery, Platform Digital dan McCafe.
“Kami akan memberi tumpuan terhadap kepantasan, ketepatan dan keselesaan dengan terus meningkatkan segmen perniagaan kami pada tahun-tahun mendatang sebagai sebahagian pelan pengembangan perniagaan,” ujarnya lagi.
Ehsan A Marisah
Fri Mar 04 2022
Azmir berkata, meskipun berdepan persekitaran mencabar dua tahun kebelakangan ini, syarikat masih merekodkan pertumbuhan memberangsangkan, iaitu sebanyak 15 peratus pada 2021 berbanding tahun-tahun sebelumnya. - Foto McDonald's Malaysia
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.
Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Dua orang pekerja McDonald's, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu bertugas.