Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Disember 2025.
EMIR Research mendesak kerajaan menyelidik dan meminda Perjanjian Perdagangan Resiprokal Malaysia-Amerika Syarikat (ART) kerana risiko melemahkan kedaulatan negara dan kuasa perlembagaan.
Pembangunan pelaburan serta kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan sejarah, seni dan budaya negara agar identiti nasional tidak terhakis.
Siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan pistol ke arah Albert Tei ketika menyerbu kediaman ahli perniagaan itu, bulan lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan peningkatan menyeluruh terhadap sistem dan kemudahan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi melancarkan pergerakan pengguna Malaysia-Singapura, khususnya pada waktu puncak.
Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Sesi rundingan seterusnya antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas dijadual diadakan pada 19 Disember ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini untuk beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di lima jajahan di Kelantan bermula esok hingga 19 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap buruk yang akan menyebabkan paras sungai meningkat sehingga melebihi paras bahaya.
Biarpun gagal merangkul emas, kuartet 4x100 meter lelaki negara tetap menampilkan larian bertenaga apabila memecah rekod kebangsaan dalam saingan olahraga Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


