awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Md Arif Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi KPJ Healthcare

Bernama
Bernama
15/03/2024
15:57 MYT
Md Arif Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi KPJ Healthcare
KPJ Healthcare Bhd hari ini mengumumkan Datuk Md Arif Mahmood akan meletak jawatan sebagai Pengarah dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif selepas menamatkan tempoh selama dua tahun pada 31 Mac 2024. - Foto FB KPJ Ipoh Specialist Hospital
KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd hari ini mengumumkan Datuk Md Arif Mahmood akan meletak jawatan sebagai Pengarah dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif selepas menamatkan tempoh selama dua tahun pada 31 Mac 2024.
Penyedia penjagaan kesihatan swasta itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Md Arif mengambil alih tugasnya sebagai pengerusi pada 1 April 2022, ketika negara sedang beralih ke fasa endemik COVID-19.
"Di bawah kepimpinan strategik beliau, KPJ Healthcare dapat memanfaatkan kekuatannya serta mengambil kesempatan ke atas peluang yang muncul bagi menyampaikan hasil tertingginya sebanyak RM2.9 bilion pada 2022 dan RM3.4 bilion menjelang 2023.
"Hari ini, nilai KPJ Healthcare turut meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu," katanya.
Justeru, lembaga pengarah dan pengurusan KPJ Healthcare merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Md Arif atas kepimpinan, perkhidmatan dan sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada syarikat itu.
Syarikat itu berkata pelantikan pengerusi baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Md Arif Mahmood
#letak jawatan
#Pengerusi KPJ Healthcare
#Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan