awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan

Bernama
Bernama
05/03/2022
00:00 MYT
MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan
Noh Omar berkata pengumpulan maklumat usahawan terlibat sedang dijalankan dan proses pengumpulannya sama seperti mengenal pasti mangsa banjir akhir tahun lepas. - Foto fail/Sinar Harian
TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang mengenal pasti usahawan di bawah kementerian itu yang terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata pengumpulan maklumat usahawan terlibat sedang dijalankan dan proses pengumpulannya sama seperti mengenal pasti mangsa banjir akhir tahun lepas.
"Kita belum dapat lagi (jumlah usahawan terjejas) tetapi kita mempunyai saluran yang boleh mengenal pasti usahawan terkesan banjir.
"Antara saluran itu adalah menerusi Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, persatuan penjaja dan pihak berkuasa tempatan.
"Usahawan terjejas banjir terutama di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) boleh memaklumkan keadaan melalui pihak ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program 'Back to School' di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di sini pada Jumaat.
Noh berkata usahawan terjejas banjir hanya perlu membuktikan mereka berniaga dan mengalami kerugian akibat bencana itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Medac
#usahawan terjejas banjir
#TEKUN Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan