awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC sasar lebih banyak Coop Mart bantu ringankan beban rakyat

Bernama
Bernama
23/01/2022
15:01 MYT
MEDAC sasar lebih banyak Coop Mart bantu ringankan beban rakyat
Noh berkata lebih banyak Coop Mart akan diwujudkan di kawasan perumahan dalam bandar terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah supaya barangan dapat dijual pada harga murah. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak kedai koperasi (Coop Mart) yang menawarkan barangan dengan harga lebih murah dari pasaran.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata sasaran menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu adalah sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya koperasi memainkan peranan membantu rakyat yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup.
"Kita tubuhkan Coop Mart ini supaya dapat memasarkan barang keperluan lebih murah daripada harga pasaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Kipidap Malaysia Bhd di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Koperasi Kipidap Abdul Rani Kulup.
Noh berkata lebih banyak Coop Mart akan diwujudkan di kawasan perumahan dalam bandar terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah supaya barangan dapat dijual pada harga murah.
"Ketika ini kita sedang mengubah suai dua tempat untuk Coop Mart iaitu masing-masing satu di Ampang dan Putrajaya, kedua-dua dalam kawasan PPR," katanya.
Noh berkata penubuhan lebih banyak Coop Mart itu juga bertujuan membantu ahli-ahli untuk memasarkan produk mereka.
Setakat ini, beliau berkata Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mempunyai lebih 400 kedai koperasi dan di bawah SKM pula terdapat 2,500 kedai koperasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coop mart
#rani kulup
#Noh Omar
#Medac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan