KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan RM20 juta daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu koperasi yang terjejas.
Menurut MEDAC, peruntukan akan diagihkan menerusi empat Program Pemulihan Koperasi iaitu Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dan Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT).
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SKM menerusi program KPR akan menggalakkan lagi penubuhan koperasi baharu bagi membolehkan kumpulan sasaran iaitu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), individu terjejas dan hilang punca pendapatan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi.
"Dianggarkan, seramai 1,000 usahawan akan dibantu melalui penubuhan 50 koperasi menerusi peruntukan RM5 juta yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, rakyat digalakkan untuk menyokong program JKPR dengan membeli barangan keperluan harian di kedai koperasi yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, sebanyak RM15,000 insentif jualan secara sekali beri diberikan kepada 200 koperasi yang terlibat secara langsung dalam sektor pemborongan dan peruncitan bagi mengurangkan harga barangan keperluan harian dengan peruntukan mencecah RM3 juta bagi memastikan aliran tunai koperasi yang konsisten.
Sementara itu, kesemua program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi itu akan berlangsung selama setahun, bermula Julai 2021 hingga Julai 2022 bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil.
Maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan boleh dilayari di portal rasmi SKM di www.skm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
WAN JUNAIDI:SKM menerusi program KPR akan menggalakkan lagi penubuhan koperasi baharu. - Gambar fail
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.