KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata kementerian itu dan agensinya mempunyai mekanisme pemantauan dan pemudahcaraan sedia ada yang teguh dan komprehensif kepada pelaburan dan eksport berpotensi menerusi misi perdagangan dan pelaburan atau cara lain.
Dalam kenyataan pada Khamis, MITI berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL akan menjalankan tindakan susulan terhadap potensi pelaburan manakala Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menguruskan potensi eksport.
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata mekanisme itu membolehkan MITI dan agensinya sangat responsif dalam menyediakan sokongan bagi memastikan komitmen yang diumumkan, sama ada berhubung pelaburan atau eksport, dipermudahkan dan direalisasikan dengan baik.
"Saya juga menekankan pemantauan sewajarnya terhadap indeks prestasi utama bagi setiap projek, yang mesti menyokong matlamat nasional MITI, termasuk menyediakan lebih banyak pekerjaan bergaji lebih tinggi kepada rakyat Malaysia, memastikan pemindahan pengetahuan dan membawa perusahaan kecil dan sederhana untuk meningkatkan lagi rantaian nilai," katanya.
MITI berkata antara contoh pengesanan yang sesuai bagi projek dan petunjuk berpotensi adalah Mekanisme Pengesanan Pelaburan masa nyata MIDA secara dalam talian oleh Pejabat Pelaksanaan dan Pemudahcaraan Projek (TRACK) MIDA yang memudahkan proses kelulusan dan mempercepat pelaksanaan projek pelaburan.
"InvestKL dan MIDA telah mewujudkan perkhidmatan kemudahan yang menyeluruh untuk membantu setiap pelabur dalam perjalanan pelaburan syarikat, daripada komitmen yang diumumkan sehinggalah kepada pelaksanaan.
"Malah, terdapat semakan kejayaan penting yang bersesuaian dan semakan pasca pelaburan berkala bagi memastikan pelaburan ini akan menyumbang kepada Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan mampan," katanya.
Tengku Zafrul berkata Kabinet menerima kemas kini angka pelaburan komited secara suku tahunan sebelum mengeluarkan siaran akbar kepada media.
"Dari segi angka prestasi eksport, MATRADE mengeluarkan siaran akhbarnya pada setiap bulan. Kesemuanya ini turut tersedia kepada orang ramai," katanya.
Menurut MITI, kemas kini berkenaan pemantauan projek pelaburan akan menjadi sebahagian daripada agenda tetap Majlis Pelaburan Negara (MPN) Malaysia bagi memastikan tahap komitmen tertinggi dalam merealisasikan potensi pelaburan utama.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah pengerusi MPN yang baru ditubuhkan yang dijadualkan mengadakan mesyuarat pertamanya tidak lama lagi," katanya.
Menurut kementerian, bagi meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah diaktifkan, dengan MITI berperanan sebagai sekretariat bagi memastikan perjalanan pelabur dipermudahkan secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Tengku Zafrul berkata mekanisme itu membolehkan MITI dan agensinya sangat responsif dalam menyediakan sokongan bagi memastikan komitmen yang diumumkan. - Foto fail/BERNAMA

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.

PM Anwar bertemu pemimpin industri, penggiat pasaran modal di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha giat kerajaan untuk menarik pelabur global dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan penggiat pasaran global.

Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan nilai tambah tinggi dengan kesungguhan politik - MITI
Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan yang memberi nilai tambah lebih tinggi sekiranya negara mempunyai kesungguhan politik dan kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta.

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI berjumlah RM20 bilion- Tengku Zafrul
MITI telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion FDI daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu.

KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.

MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.

ASEAN selesaikan 11 keberhasilan utama ekonomi, MITI terus perjuang kepentingan pengeksport Malaysia
ASEAN telah menyelesaikan 11 daripada 16 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah Indonesia sebagai pengerusi, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.

Malaysia perlu belajar dari China untuk lonjakkan ekonomi - MITI
Malaysia perlu belajar dari China untuk melonjakkan ekonominya, terutamanya dari segi inovasi teknologi dan pembuatan.