awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023

Bernama
Bernama
22/01/2024
08:06 MYT
Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023
Ab Rauf berkata terdapat sebanyak 60 kilang semikonduktor di Melaka, sekali gus memaparkan imej negeri itu sebagai destinasi popular bagi pelaburan elektrik dan elektronik di rantau ini. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR GAJAH: Melaka berjaya meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM4.77 bilion dalam suku ketiga 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Memetik angka Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), beliau juga yakin negeri itu berupaya mencapai sasaran pelaburan bernilai RM5 bilion yang ditetapkan bagi setiap tahun.
"Kita telah berusaha gigih untuk menjadikan Melaka sebuah negeri yang mesra pelaburan. Sehubungan itu, kita berharap lebih ramai pelabur akan melabur di Melaka pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kemudahan pengeluaran Audemars Microtec (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat yang berpangkalan di Switzerland di Taman Industri Angkasa Nuri di Durian Tunggal di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Exco Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan; Ketua Pegawai Eksekutif Audemars Microtec (Malaysia) Sdn Bhd Mirko Audemars dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA S. Sivasuriyamoorthy.
Ab Rauf berkata terdapat sebanyak 60 kilang semikonduktor di Melaka, sekali gus memaparkan imej negeri itu sebagai destinasi popular bagi pelaburan elektrik dan elektronik di rantau ini.
"Sektor perindustrian dan pembuatan adalah nadi pembangunan ekonomi Melaka, termasuk menyumbang sebanyak 37.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada 2022.
"Pada masa ini, ada lebih daripada 185,000 pekerja yang berkhidmat dalam sektor industri di Melaka," katanya.
Mengulas kehadiran Audemars Microtec di Melaka, Ab Rauf berkata syarikat berkenaan telah melabur sebanyak RM50 juta untuk membuka operasi di negeri itu, khususnya dalam usaha membekal komponen mikro kejituan bagi kebanyakan pengeluar peranti perubatan terkemuka.
"Pengeluaran komponen mikro di Melaka adalah rangkuman komponen utama yang penting dan membolehkan peranti perubatan implan, intervensi dan boleh pakai yang paling kecil dan paling canggih, dapat berfungsi.
"Tapak pengeluaran Audemars di Melaka ini merangkumi kawasan seluas 0.33 hektar yang akan memberi tumpuan kepada pembuatan gegelung mikro dan mikro magnet.
"Saya amat gembira apabila dimaklumkan bahawa Audemars Malaysia yang beroperasi pada kapasiti penuh, akan turut menyediakan sebanyak 200 peluang pekerjaan untuk rakyat Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Pelaburan dilulus
#Ab Rauf Yusoh
#Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
#MIDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan