MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat Jun lepas, sebanyak 268 syarikat di Melaka daripada 13,018 syarikat dari seluruh Malaysia telah berdaftar dengan MATRADE.
"Saya berharap penganjuran Hari Eksport 2024 selama dua hari ini akan meningkatkan jumlah pendaftaran syarikat pengeksport di Melaka terutamanya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pastinya kerajaan negeri akan terus menggalakkan kemasukan pelabur dan menyumbang kepada jumlah nilai eksport di negeri ini
"Dalam masa yang sama usahawan pengeksport juga perlu memainkan peranan dengan memanfaatkan faedah yang disediakan oleh MATRADE bagi memastikan setiap strategi dapat dilaksanakan, sekali gus menjana output syarikat yang lebih lumayan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Eksport 2024 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini pada Selasa yang turut dihadiri Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Katanya kerajaan negeri akan terus komited dalam membangun dan membimbing usahawan pengeksport ke pasaran antarabangsa serta pasaran sedia ada bagi meningkatkan ekonomi Malaysia, khususnya di Melaka.
Mengulas lanjut beliau berkata kedudukan Melaka yang berada di antara Johor dan Selangor turut memberi banyak kelebihan kepada pelabur yang mahu menggunakan pelabuhan di sebelah selatan tanah air iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) atau Pelabuhan Klang.
Keadaan ini katanya telah melonjakkan pelaburan di Melaka dari segi jumlah perdagangan yang bernilai RM32.29 bilion pada 2023 manakala bagi Januari sehingga April lepas, jumlah perdagangan di Melaka mencatatkan kenaikan sebanyak 24.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
"Meskipun jumlah eksport Melaka pada 2023 mencatatkan penurunan sebanyak RM5.4 peratus kepada RM12.03 bilion berbanding RM12.72 bilion pada 2022, saya yakin kempen galakan seperti Hari Eksport 2024 ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan semula prestasi nilai eksport memandangkan kita mempunyai banyak syarikat berpotensi tinggi terutama dalam industri-industri utama," katanya.
Sementara itu, Reezal Merican berkata MATRADE menyasarkan jumlah eksport negara mencapai RM1.6 trilion menjelang akhir tahun 2024 berikutan pencapaian tahun lalu mencatatkan RM1.427 trilion.
"Sehingga lima bulan pertama tahun ini, jumlah eksport negara menunjukkan peningkatan dengan mencapai RM606 bilion dan dijangka terus meningkat. Kita yakin kerana sasaran RM1 trilion sudah dicapai selama tiga tahun berturut-turut.
"Sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk mencapai eksport bernilai RM1.5 trilion pada akhir 2025, telah dicapai pada 2022 lagi," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Rauf (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta pada Program Export Day 2024 di MITC pada Selasa. - Foto BERNAMA

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran

Sabah memerlukan 120,000 unit darah setahun
Secara purata negeri itu memerlukan kira-kira 300 unit darah sehari bagi membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah.

JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termasuk beras, bernilai lebih RM700,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup pelbagai komoditi antaranya beras, bernilai RM772,819 termasuk duti dan cukai pada Mac lepas.

Malaysia pertingkat kemantapan semikonduktor susulan langkah AS batal sekatan eksport cip
Peningkatan kepakaran dalam pembuatan cip bantu mantapkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia.

Peniaga rugi RM150,000 terperdaya pelaburan ternakan kambing
Seorang peniaga kerugian RM150,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan ternakan kambing tidak wujud.

Malaysia mahu hubungan dengan seluruh benua terus harmoni - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan jiran-jiran di rantau ASEAN, Asia serta seluruh benua terus harmoni.

Ahli perniagaan didakwa tipu skim pelaburan bon RM3.16 juta
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menguruskan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dan menipu berhubung skim pelaburan bon.

Peraturan eksport baharu lindungi integriti industri sarung tangan getah Malaysia
MARGMA menyifatkan peraturan terkini kerajaan yang mewajibkan sarung tangan getah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia untuk tujuan eksport sebagai langkah yang tepat pada masanya

Rafizi sudah kembali bertugas hari ini - Chang
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.

Syarikat Jepun minat berkembang dalam pelbagai sektor di Malaysia
Beberapa syarikat telah membuat komitmen yang kukuh untuk melabur selama dua tahun, bermula dari tahun ini.

Eswatini pelawa pelabur Malaysia, galak hubungan perdagangan dan kebudayaan
Eswatini berhasrat menjadi hab pembuatan strategik bagi syarikat Malaysia yang mahu mengakses pasaran Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) dan pasaran lain.