'Mencipta kenangan, mengukir kepercayaan', Zai Sri Gemilang kekal unggul dalam dunia katering

Zai Sri Gemilang menawarkan lebih dari sekadar pengalaman dengan memastikan pelanggan dapat mengimbau kenangan majlis yang bermakna. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.
SHAH ALAM: Di tengah-tengah kota Shah Alam, berdirinya Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd., sebuah jenama yang kini menjadi lambang kecemerlangan dalam dunia katering halal dan pengurusan acara dipercayai ramai bagi majlis perkahwinan, acara korporat dan pelbagai sambutan istimewa yang memerlukan sentuhan elegan serta layanan profesional.
Zai Sri Gemilang dikenali kerana menawarkan penyelesaian katering halal bersijil, direka khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan yang menitikberatkan kualiti, budaya serta pengalaman tanpa harus merunsingkan fikiran.
Antara rangkaian perkhidmatan lengkap yang ditawarkan Zai Sri Gemilang adalah seperti:
- Majlis perkahwinan dan pertunangan
- Acara korporat
- Aqiqah serta majlis komuniti

Rekaan konsep majlis perkahwinan oleh Zai Sri Gemilang. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.

Pelbagai hidangan menarik yang bersesuaian dengan tema majlis disediakan Zai Sri Gemilang. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.

Ruang majlis dititikberatkan Zai Sri Gemilang agar suasana kekal menarik untuk para tetamu atau pelanggan tidak kira majlis. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.
Reputasi Zai Sri Gemilang terbukti apabila menjadi pilihan pelbagai syarikat korporat, agensi kerajaan dan institusi pendidikan terkemuka termasuk MBSA, MBI Selangor, UiTM, Sime Darby Plantation, PUSPANITA, Daikin, Maybank dan Selangor FC.
Kepercayaan pelanggan-pelanggan utama ini menggambarkan kredibiliti, kecekapan dan kemampuan Zai Sri Gemilang dalam memastikan setiap acara berjalan lancar tanpa kompromi terhadap kualiti.
Dalam industri katering dan acara yang semakin kompetitif, pelanggan kini menuntut lebih daripada sekadar hidangan enak. Mereka mengharapkan pensijilan halal yang sah, kepekaan terhadap budaya serta kecekapan profesional.
Zai Sri Gemilang memenuhi semua kriteria ini dengan pengalaman lebih dua dekad dan pematuhan penuh terhadap piawaian halal. Syarikat ini turut memiliki kelebihan dari segi pengetahuan tempatan, akses logistik dan rangkaian vendor berkaliber tinggi.
Kisah Zai Sri Gemilang bermula apabila Datin Zaiton Abdul Rahman yang berbekalkan semangat keusahawanan dan pengalaman sejak kecil dalam dunia katering berjaya menukar warisan keluarga menjadi empayar perniagaan berpengaruh menerusi jenama Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.
Diasaskan pada 2004, perniagaan yang bermula dengan restoran kecil kini berkembang menjadi jenama sinonim dengan perkhidmatan katering dan pengurusan acara bertaraf korporat.
Zaiton mewarisi bakat bapanya, Allahyarham Abdul Rahman Markom, pengasas HS Catering, dan kini menerajui syarikat yang menjadi pilihan utama pelanggan korporat, kerajaan dan swasta.
Pada 2021, beliau menubuhkan Zai Event Sdn. Bhd. yang kini bekerjasama dengan 15 dewan acara eksklusif di sekitar Shah Alam, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Semenyih termasuk MBSA Convention Centre, antara lokasi paling ikonik di bandar itu.
“Kami bukan sekadar menyediakan makanan, malah mencipta kenangan bermakna untuk setiap pelanggan. Itulah komitmen kami sejak hari pertama,” kata Zaiton.

Antara lokasi atau dewan yang pernah memilih perkhidmatan Zai Sri Gemilang menunjukkan syarikat itu relevan dalam kalangan tempatan. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.
Antara acara besar yang pernah dikendalikan termasuk Bufet Ramadan 25 Malam, Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPANITA Negeri Selangor, serta konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, bukti kemampuan syarikat mengurus acara berskala besar dengan ketelitian tinggi.
Dalam dunia katering dan pengurusan acara, perbezaan antara majlis “biasa” dan majlis yang “tidak dapat dilupakan” terletak pada perincian layanan, aliran acara, kualiti makanan dan kesesuaian budaya.
Zai Sri Gemilang menyatukan semua elemen ini dengan asas tempatan yang kukuh serta profesionalisme bertaraf tinggi, menjadikannya pilihan utama bagi pasangan pengantin, perancang acara dan penganjur komuniti.

Kakitangan Zai Sri Gemilang menjadi tulang belakang syarikat itu dalam memastikan kepuasan tetamu atau pelanggan sentiasa diutamakan. - Foto Zai Sri Gemilang Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan, layari www.zaisrigemilang.com atau ikuti @zaisrigemilang di media sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


