awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercedes-Benz Malaysia catat peningkatan jualan 16 peratus

Bernama
Bernama
09/10/2014
08:04 MYT
Mercedes-Benz Malaysia catat peningkatan jualan 16 peratus
Mercedes-Benz Malaysia catat peningkatan jualan 16 peratus - Gambar fail
Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan rekod separuh pertama yang mengagumkan, apabila mencatat peningkatan jualan 16 peratus berasaskan tahun ke tahun untuk suku ketiga.
Setakat September 2014, jenama mewah itu merekodkan jualan kenderaan 6,642 unit, berbanding 5,747 unit bagi tempoh sama tahun lepas.
Pertumbuhan berterusan Mercedes-Benz Malaysia disumbangkan terutamanya oleh segmen kereta penumpang yang mencatat jualan 4,817 unit, peningkatan 28 peratus berbanding 2013.
"Setakat ini Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang tahun ini. Dengan tiga model kereta penumpang dilancarkan tahun ini selain rekod mengagumkan bagi S400L Hybrid, sememangnya ini suatu yang membanggakan.
"Menerusi model C-Class yang diperkenalkan bulan lepas dan menerima sambutan baik, kami menjangka dapat mengekalkan trend meningkat untuk sepanjang tahun 2014," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Roland Roger dalam kenyataan di sini hari ini.
Pemacu kejayaan Mercedes-Benz Malaysia tahun ini ialah model pilihan ramai mereka iaitu kereta kelas C, E dan S.
Dari segi model, S400L Hybrid yang menerima pengecualian cukai penuh pada Mei, mencatat peningkatan jualan empat kali ganda tahun ke tahun berbanding tahun lepas.
Kenderaan komersialnya juga menunjukkan pertumbuhan kukuh.
Jualan kenderaan berat komersialnya meneraju pertumbuhan dengan 60 peratus peningkatan daripada 100 kepada 160 unit tahun ini, manakala FUSO berjaya merekodkan jualan 1,665 unit sekalipun majoriti pembelian untuk kenderaan jenis itu oleh syarikat-syarikat sudah diselesaikan pada 2013.
Sebanyak 1,885 unit dijual bagi tempoh sama pada 2013.
"Menerusi pelaburan berterusan di kilang pengeluaran kami di Pekan, Pahang dan rangkaian kerja yang luas di seluruh negara, kami kekal komited terhadap perniagaan kami di Malaysia.
"Memandangkan kami perniagaan berfokuskan pelanggan, kami sentiasa mencari jalan untuk mengoptimumkan dan memaksimumkan perkhidmatan kami di samping membekalkan kenderaan berkualiti.
"Setakat hari ini, kami mencatat pencapaian memuaskan dan saya percaya ini semua terhasil daripada kerja keras pasukan di Malaysia," katanya.
Mercedes-Benz Malaysia juga berkeyakinan ia akan mencatatkan prestasi cemerlang untuk suku ini.
Topic Berkaitan
#Hybrid
#jenama
#Mercedes
#mewah
#pahang peratus
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan