awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta Universe platform terbaharu usahawan kembangkan perniagaan ke alam metaverse

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
10/03/2022
09:42 MYT
Meta Universe platform terbaharu usahawan kembangkan perniagaan ke alam metaverse
Khalid Gibran (tengah)bersama dua pengasas bersama Meta Universe pada majlis pelancaran di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dunia perniagaan secara maya saban hari sentiasa meneroka peluang baharu dengan pelbagai platform digital diwujudkan.
Terbaharu usahawan perniagaan kini mempunyai satu lagi peluang yang tidak kurang mampu menjelmakan platform metaverse yang diidamkan menerusi Meta Universe yang dibangunkan oleh Meta Universe Solutions Sdn Bhd.
Menerusi platform digitalnya yang dilancarkan hari ini, ia diyakini mampu memberi kepuasan kepada peminat perniagaan berbentuk kripto dan aset digital di negara ini.
Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian Web3 secara komprehensif bagi membolehkan setiap perusahaan meluaskan pasarannya di alam maya.
Perkhidmatan ini memiliki konsep model perniagaan yang berdaya maju bagi metaverse, pengaturcaraan blockchain, mencipta dan mengurus kempen maya, membeli tanah maya, membina komuniti melalui media sosial dan projek pembiayaan.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Khalid Gibran, platform yang disediakan itu akan memberi lebih peluang kepada setiap pengusaha perniagaan untuk memperluaskan perniagaan mereka dengan lebih efektif.
“Ketika jenama progresif semakin menyedari peluang dan kemungkinan yang mungkin ditawarkan oleh metaverse, majoriti usahawan dan pemilik perniagaan terus bergelut untuk memahami asas dan elemen penting metaverse untuk membentuk semula jenama mereka dan mengembangkan komuniti mereka,” jelasnya ketika hadir pada majlis pelancaran MU di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.
MU jelasnya lagi memberi tumpuan kepada tiga tonggak strategik yang merangkumi penyelesaian perusahaan Web3, akademi M.U dan pasaran dalam talian secara global.
MU juga yakin dalam memacu pasaran dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan melalui rangkaian luasnya serta non-fungible token (NFT) iaitu salah satu kelas aset yang paling pesat berkembang ketika ini.
Topic Berkaitan
#dalam talian
#media sosial
#model
#usahawan
#Metaverse
#digital
#kripto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan