Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki ditemukan separuh tertanam di tebing terusan

Mayat lelaki ditemukan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Ladang Byram, Nibong Tebal, dengan kesan kecederaan di kepala. - Gambar hiasan/BERNAMA
Mayat lelaki ditemukan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Ladang Byram, Nibong Tebal, dengan kesan kecederaan di kepala. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Kampung Baru, Ladang Byram di sini, malam tadi.

Mangsa ditemukan orang awam kira-kira jam 11 malam sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Pemeriksaan awal polis bersama pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa, selain tompokan darah berhampiran lokasi penemuan.

Advertisement

Penemuan itu mencetuskan siasatan berhubung kemungkinan kes pembunuhan.

Susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan dan pencarian bahan bukti di sekitar kawasan berkenaan selama beberapa jam sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 6 pagi ini.

Advertisement

Dalam operasi berkenaan, anggota bomba turut membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tertanam di dalam lumpur sebelum diserahkan kepada polis kira-kira jam 2.45 pagi.

Difahamkan, laluan berhampiran lokasi penemuan mayat itu sering digunakan penduduk kampung untuk menuju ke kawasan sungai dan sangkar ikan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terbabit serta motif kejadian. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement