MexComm Sdn Bhd (MexComm) didenda sebanyak RM15,000 kerana kesalahan menghantar iklan SMS yang mengelirukan.
Kesalahan tersebut menyalahi Standard Mandatori untuk Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Hasil siasatan SKMM mendapati, MexComm telah menyalahi perenggan 69 dan 71 Standard Mandatori kerana menghantar iklan SMS dengan menggunakan kod ringkas 62228 kepada seorang pelanggan Maxis.
SMS berikut: “RM0.00 Perhatian !! Sms ON SITI ke 32339 skrg dan dpt gambar yg menarik !! Vid mp3.pdft PERCUMA jgn tunggu lagi! Type out to opt out. Mx1300223228” terbukti mengelirukan dan tidak mengandungi maklumat lengkap mengenai harga perkhidmatan langganan serta penyelia kandungan.
MexComm didakwa di bawah Seksyen 127 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman denda itu kepada MexComm yang diwakili oleh Pengawal Kewangan Kumpulannya, Encik Lim Siow Fai di Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur.
Astro Awani
Fri May 02 2014
MexComm Sdn Bhd
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MexComm Sdn Bhd didenda RM15,000 kerana iklan SMS mengelirukan
MexComm Sdn Bhd (MexComm) didenda sebanyak RM15,000 kerana kesalahan menghantar iklan SMS yang mengelirukan.