KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyokong kerajaan serta Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggesa pengamal hartanah mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti Keganasan (AMLA).
Presidennya Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA.
MIEA telah menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan yang lebih baik daripada ejen yang melakukan transaksi kira-kira 60 peratus di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan ejen perlu dinaik taraf selain dipertingkatkan secara berkala. Ini memberi manfaat kepada rakyat dan membolehkan profesion itu berkembang.
Sebagai kerjaya yang agak baharu, terdapat keperluan ke arah konsisten serta komitmen untuk menjadi relevan dan progresif," kata Chan.
Menurut beliau, dikenal pasti sebagai institusi pelaporan, adalah wajib bagi ejen ini untuk menjalankan usaha wajar pelanggan (CDD) yang memerlukan pengumpulan dokumen pengenalan diri termasuk melaporkan pembeli atau penyewa yang mencurigakan yang mungkin terkait dengan isu pengubahan wang haram, yang sebenarnya merupakan "tindakan sukar" untuk diikuti.
Bagi menyokong usaha ini, MIEA hari ini menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Halo Check Sdn Bhd dan CRE Tech Sdn Bhd.
Ejen-ejen ini boleh melanggan aplikasi web yang dipanggil HALOCHECK untuk menjalankan pemeriksaan pelanggan secara serta-merta ke atas tuan tanah, penyewa, penjual dan pembeli.
Kerjasama dengan CRE Tech melibatkan platform penyenaraian yang dikenali sebagai BRIQ BLOQ untuk mengakses maklumat penyenaraian komersial terperinci dan kekosongan secara langsung daripada tuan tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA. -MIEA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
MIEA sokong kerajaan gesa pengamal hartanah mengesan pengubahan wang haram
Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA.
Broker hartanah haram bakal berdepan tindakan tegas - Zuraida
Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.