awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI akan perkukuh ekosistem reka bentuk negara - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
21/10/2025
21:30 MYT
MITI akan perkukuh ekosistem reka bentuk negara - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berucap pada DHL GoTrade Summit 2025 di MITEC pada Selasa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) akan terus memperkukuh ekosistem reka bentuk negara menerusi tiga keutamaan penting.
Menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keutamaan itu adalah menggalakkan kerjasama dalam kalangan pereka bentuk, pengilang dan ahli akademik; mengukuhkan piawaian reka bentuk dan rangka kerja pensijilan; serta mengintegrasikan idea reka bentuk dalam bidang keusahawanan.
"Aspirasi kami jelas iaitu untuk menjadikan reka bentuk sebagai satu kelebihan daya saing negara dan membangunkan ekonomi kreatif sebagai antara tunjang utama transformasi perindustrian Malaysia," katanya pada majlis Malaysia Good Design Award dan Certified Industrial Designer Award 2025 di sini, pada malam Selasa.
Menurut Tengku Zafrul, sektor kreatif digital Malaysia telah menjana perolehan sebanyak RM5.3 bilion, dengan nilai eksport mencecah hampir RM800 juta serta mewujudkan lebih 10,000 pekerjaan berkemahiran tinggi pada 2023.
Beliau berkata, ekonomi kreatif secara keseluruhannya telah menyumbang sebanyak RM29.4 bilion iaitu kira-kira 1.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara.
"Apabila angka ini meningkat, mesejnya jelas -- reka bentuk bukanlah kemewahan, ia adalah pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.
Tengku Zafrul berkata, reka bentuk akan terus berperanan penting dalam memacu produktiviti, menyokong inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta membantu perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat besar untuk bersaing di peringkat global di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13.
Sementara itu, beliau turut memperkenalkan Sidang Kemuncak Rekabentuk Kuala Lumpur (KLDS) 2026, yang disifatkannya sebagai "penanda aras penting yang mencerminkan visi teguh MRM untuk mengangkat Malaysia sebagai hab serantau bagi reka bentuk dan inovasi."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#sidang kemuncak
#KDNK
#KLDS 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan