Skip to main content

Malaysia

Angin baratan kencang dijangka melanda Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini

ALOR SETAR, 16 Mei -- Keadaan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan sekitar bandaraya Alor Setar hari ini.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, dan Kuala Muda, Pulau Pinang, Perak di Kerian dan Larut, Matang dan Selama, Melaka, Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kota Tinggi, Sabah di Pedalaman Kuala Penyu dan Bea
Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Julai 2026. - Gambar hiasan/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin baratan kencang yang berpotensi membawa cuaca buruk di beberapa kawasan bermula Rabu ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan fenomena itu dijangka berlaku di utara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 8 hingga 10 Julai 2026.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Julai 2026.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket serta Selat Melaka Utara.

"Keadaan ini juga berpotensi membentuk garis badai yang membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kawasan terbabit," menurut hantaran itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta aplikasi myCuaca.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement