awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/05/2025
21:15 MYT
MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul, ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerja keras untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi terutamanya dalam sektor strategik seperti elektrik dan elektronik (E&E), kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, hasilnya eksport E&E negara kekal kukuh dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus bagi suku pertama 2025.
Menurutnya, ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.
"Bila pelaburan masuk, kilang buka, eksport meningkat. Ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat, lebih banyak peluang perniagaan untuk syarikat tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita.
"Memang ada cabaran di peringkat global, macam isu tarif timbal balas di Amerika Syarikat (AS), tapi kita di MITI sentiasa pantau dan ambil langkah perlu untuk pastikan perniagaan kita terus berdaya saing di peringkat antarabangsa," katanya menerusi perkongsian video di laman instagram beliau, pada Selasa.
Tengku Zafrul berkata selain berunding dengan AS, strategi kementeriannya adalah untuk mencari dan mengembangkan pasaran baharu bagi menjual barangan buatan Malaysia serta menguatkan ekonomi tempatan.
"Inilah reformasi Ekonomi MADANI. Fokus kita nak pastikan ekonomi ini stabil, wujudkan lebih banyak peluang kerja dan perniagaan yang bagus dan bantu rakyat hadapi kos sara hidup.
"Kerajaan akan terus bekerja keras untuk pastikan ekonomi kita terus tumbuh, stabil dan hasilnya dapat dinikmati oleh semua rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#pelaburan
#ekonomi
#Tengku Zafrul
#sektor strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan