KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerjasama dengan kementerian dan agensi relevan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir di Malaysia.
Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.
"Satu contoh adalah kami membincangkan cadangan untuk membenarkan pelajar yang belajar di universiti Malaysia, seperti pelajar kejuruteraan untuk bekerja. Pada masa ini mereka tidak dibenarkan untuk bekerja.
"Kita akan lihat pada bahagian yang tidak dapat ditampung oleh pekerja tempatan, terutamanya dalam perkhidmatan tokokan nilai dan sektor teknologi tinggi, dan membenarkan pelajar bekerja bagi satu tempoh tertentu. Kita belum mengusulkan lagi (cadangan itu) kepada Kabinet," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog MITI 2024, di sini, hari ini.
"Itu adalah satu daripada penyelesaian sementara, tetapi kita juga perlu menarik pekerja dan pelajar kita di luar negara untuk kembali ke tanah air; kita ada ramai (pekerja dan pelajar di luar negara)," katanya.
Tengku Zafrul berkata apabila pelaburan mengalir masuk ke dalam negara, para pelabur memerlukan tenaga kerja mahir.
"Ia suatu yang positif (pelaburan) tetapi pada masa yang sama, negara kita perlu memastikan tenaga kerja ada tersedia," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata MITI sedang memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) termasuk dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijangka selesai pada akhir Jun tahun ini.
"Satu daripada eksport adalah tekstil. Terdapat pensijilan tekstil halal. Malahan, China dan Indonesia sedang melakukannya (pensijilan halal). Malaysia belum lagi ada. Kita telah meminta Perbadanan Pembangunan Halal bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan standard bagi tekstil halal," katanya.
Dialog MITI 2024 disertai hampir 300 peserta daripada 24 kementerian dan agensi MITI termasuk wakil daripada 103 persatuan, dewan perniagaan dan majlis perniagaan yang membincangkan mengenai strategi, penyelesaian dan pelaksanaan untuk mengukuhkan lagi ekosistem perindustrian, perdagangan dan pelaburan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media Sesi Dialog Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) 2024 di Menara MITI hari ini. - Foto BERNAMA
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.