MELAKA: Satu usaha kerjasama yang lebih proaktif antara kementerian akan diwujudkan dalam usaha memperkasakan industri aeroangkasa dari aspek pekerja berkemahiran tinggi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata elemen paling penting dalam industri adalah modal insan.
Bagaimanapun, negara berdepan masalah kekurangan tenaga pakar untuk berkhidmat dalam sektor tertentu termasuk aeroangkasa.
"Sehubungan itu, MITI akan bersama-sama dengan beberapa kementerian lain, antaranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha memastikan 'supply of talent ' (bekalan tenaga kerja berkemahiran) ini sentiasa ada. Ia juga sebagai satu kelebihan kompetitif kepada pelabur untuk melabur daripada segi infrastruktur dan tenaga kerja berkemahiran.
"Dalam aspek lain, kerjasama ini juga akan dapat memastikan bakat yang dilahirkan di institusi pengajian tinggi adalah relevan dan tepat dengan keperluan industri masa kini malah dapat menjadi salah satu platform untuk meningkatkan pendapatan pekerja dalam industri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan dan merasmikan bangunan baharu kilang syarikat CTRM Aero Composites Sdn Bhd (CTRM) di Batu Berendam di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi aspek R&D pula, pihaknya telah berjumpa dengan wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan berbincang mengenai bagaimana hasil R&D tempatan mampu membawa limpahan positif kepada industri dan negara.
"Ini penting kerana menerusi R&D yang tepat, ia akan menghasilkan apa yang diperlukan industri dan dalam masa yang sama, kita mahu pakar tempatan dalam R&D ini mampu dikomersialkan di peringkat global," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata syarikat CTRM telah dianugerahkan sebuah kontrak baharu bagi pembuatan dan pengeluaran komponen aero kepada beberapa vendor tahap 1 yang membekal kepada syarikat pengeluar pesawat bertaraf global iaitu Airbus.
Katanya nilai kontrak baharu tersebut bernilai RM3.4 billion bagi tempoh 2022 hingga 2030 dengan nilai kontrak secara kumulatif adalah RM6.64 bilion sehingga tahun 2030.
"Daripada segi modal insan, CTRM akan menambah pekerja berkemahiran teknikal sebanyak 24 peratus atau 300 orang bagi tempoh 2023 hingga 2024 selain meningkatkan perolehan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rantaian bekalan domestik sebanyak 25 peratus.
"Ini jelas membuktikan bahawa syarikat multinasional terkemuka menganggap landskap industri aeroangkasa Malaysia sebagai stabil dan kondusif bagi rantaian bekalan global mereka," katanya.
–Bernama
Bernama
Thu May 18 2023
Tengku Zafrul berkata elemen paling penting dalam industri adalah modal insan. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.