awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China

Bernama
Bernama
31/10/2023
20:00 MYT
MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apabila sesuatu komitmen pelaburan diumumkan, ini bermakna syarikat tersebut bersetuju untuk melabur di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan serius dalam merealisasikan komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena lawatan beliau ke negara tersebut pada April lepas.
Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apabila sesuatu komitmen pelaburan diumumkan, ini bermakna syarikat tersebut bersetuju untuk melabur di Malaysia.
Langkah seterusnya ialah syarikat berkenaan akan memohon kelulusan pelaburan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI) dan pelabur akan memperincikan butiran pelaburan mereka dengan lebih mendalam.
"Pada masa ini jugalah mereka akan memohon insentif untuk melabur," katanya menerusi hantaran di media sosial X (Twitter) pada Isnin.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, pelaburan itu akan diluluskan apabila butiran dan insentif telah dipersetujui.
"Selepas kelulusan itu, bagi pelaburan kecil mungkin setahun dah nampak hasil. Kalau pelaburan besar yang memerlukan teknologi serta peralatan lebih maju, mungkin sehingga tiga tahun untuk mula direalisasikan," katanya.
Malah, bagi membuktikan keseriusan dalam usaha itu, kerajaan juga telah mewujudkan Jawatankuasa Tindakan Pelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) bagi meneliti status terkini projek-projek pelaburan tersebut.
Antara fungsi JTPPP adalah meneliti status terkini projek-projek pelaburan dan perdagangan yang telah diumumkan untuk pemantauan serta menyelesaikan isu serta cabaran dihadapi oleh para pelabur dan juga pengeksport.
"JTPPP ini pula melapor kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri minta supaya majlis ini bersidang setiap bulan dan berbincang mengenai status semua komitmen pelaburan setakat ini.
"Begitulah seriusnya Perdana Menteri dan kerajaan berusaha untuk merealisasikan semua komitmen pelaburan," katanya.
Tengku Zafrul berkata, sehingga Jun tahun ini, negara telah mencatatkan kelulusan pelaburan sebanyak RM132.6 bilion atau 60 peratus daripada sasaran 2023 dan setakat ini berada di landasan sepatutnya bagi mencapai sasaran tahunan yang ditetapkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#MITI
#Zafrul Tengku Abdul Aziz
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan