awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modenas akan umum rakan kerjasama strategik

Bernama
Bernama
06/04/2017
23:19 MYT
Modenas akan umum rakan kerjasama strategik
Abdul Harith berkata rakan strategik itu akan turut membantu Modenas mengeluarkan model-model baharu.
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) yang juga unit DRB-HICOM Bhd, sudah mengenal pasti satu rakan strategik bagi membantunya memperkukuh usaha menembusi pasaran motosikal, memanfaatkan kilang pengeluaran di Gurun, Kedah selain memacu kemampuan eksportnya.
Malah, Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan Automotif DRB-HICOM, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat itu juga sudah berbincang secara tertutup dengan rakan strategik itu.
"Kami sudah memuktamadkan (kerjasama strategik), tetapi saya tidak akan mengulas lanjut hari ini (Khamis). Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada tahun ini," katanya kepada media di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Abdul Harith berkata rakan strategik itu akan turut membantu Modenas mengeluarkan model-model baharu.
"Aspek ini yang kami utamakan menerusi kerjasama ini," katanya.
Namun, katanya, kerjasama itu akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diumumkan secara rasmi.
Beliau menyifatkan kerjasama strategik itu sebagai detik perubahan bagi Modenas menembusi pasaran motosikal, mengukuhkan kehadiran serta memaksimumkan kilang pengeluaran di Gurun yang mampu mengeluarkan 120,000 unit motosikal.
"Ini sejajar usaha memanfaatkan potensi pertumbuhan pasaran baharu yang kita sasarkan. Ia boleh dilakukan tanpa sebarang pelaburan besar, sebaliknya (hanya) melibatkan pembangunan model," katanya.
Abdul Harith berkata pihaknya mempunyai perancangan besar untuk Modenas, termasuk program-program eksport dengan rakan strategik baharu.
"Kami perlukan rakan strategik yang memiliki (kelebihan) pasaran dan teknologi bagi membolehkan kerjasama ini dijalankan.
"Kami juga perlu terbabit dengan pihak yang sedia untuk bekerjasama. Ini kerana kami sudah ada lokasi pasaran, asas jualan dan perkkongsian platform teknologi yang tidak memerlukan perbelanjaan besar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#model
#modenas
#motosikal
#operasi
#pelaburan
#rakan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan