awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF pertimbang guna aplikasi teknologi laksana subsidi bersasar - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
06/09/2022
14:43 MYT
MoF pertimbang guna aplikasi teknologi laksana subsidi bersasar - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan subsidi petrol bersasar juga akan diteruskan bagi menyokong fasa pemulihan ekonomi pada masa ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) akan mempertimbang langkah penggunaan aplikasi teknologi untuk menyalurkan subsidi bersasar secara cekap kepada golongan terbabit.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan sekarang belum tepat untuk pelaksanaan subsidi bersasar tersebut berikutan ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan dan inflasi pula rendah berbanding dengan negara-negara lain.
"Ini kerana kita tidak mahu subsidi bersasar yang dilaksanakan secara tidak tepat. (Malah), kaedah pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar juga masih dalam kajian," katanya kepada pemberita di luar program Wild Digital SEA 2022 di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan subsidi petrol bersasar juga akan diteruskan bagi menyokong fasa pemulihan ekonomi pada masa ini.
Namun, katanya pelaksanaan subsidi berkenaan di masa depan akan turut bergantung kepada keadaan ekonomi serta harga pasaran minyak mentah.
"Jika harga (minyak) di pasaran pada masa itu adalah rendah, mungkin subsidi bersasar itu tidak diperlukan kerana kerajaan boleh terus memberi subsidi," katanya.
Dalam pada itu, mengulas pengumuman Petronas memberi dividen tambahan sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan, Tengku Zafrul berkata dividen tersebut akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan kerajaan selain menampung kos subsidi yang dijangka meningkat sehingga RM80 bilion pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#subsidi bersasar
#penggunaan aplikasi
#golongan sasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan