KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti kesemua cadangan baharu dan penambahbaikan daripada segenap pihak untuk dimuktamadkan seterusnya dimasukkan Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada 13 Okt, 2023.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata MoF telah menerima maklum balas dan cadangan termasuk daripada pihak kementerian, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu melalui laman web MOF.
"Kementerian lain juga telah menjalankan sesi libat urus masing-masing. Pegawai kita juga telah pergi bertemu dengan semua kementerian dan kerajaan negeri untuk memperoleh maklum balas bagi Belanjawan 2024.
"Pihak kementerian (MoF) kini sedang memproses segala maklum balas dan permohonan termasuk permohonan berkaitan pembangunan bagi Belanjawan 2024 daripada semua pihak," katanya kepada Bernama selepas sesi libat urus Belanjawan 2024 bersama kepimpinan Wanita UMNO dan NGO di sini, pada Rabu.
Beliau berkata Belanjawan 2024 akan turut memberikan penekanan terhadap usaha menambah baik sistem penyaluran insentif kerajaan bagi memastikan setiap intensif sampai dan dapat dinikmati oleh golongan sasar.
"Kerajaan telah banyak melaksanakan program dan inisiatif di peringkat pusat untuk golongan sasar, namun jumlah golongan sasar yang menerima faedah daripada program dan inisiatif ini tidak mencapai sasaran. Ini yang akan kita kaji puncanya dan tambah baik," katanya.
Ahmad berkata MoF juga menerima maklum balas bagi cadangan penambahbaikan dasar kerajaan sedia ada seperti dasar gaji minimum dengan terdapat beberapa syarikat dan perusahaan yang menyatakan ketidakmampuan mereka untuk memenuhi tahap gaji minimum yang telah ditetapkan.
Pada Ogos, Ahmad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan barisan Jemaah Menteri untuk mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2024 selama sebulan bermula pertengahan Ogos ini sehingga September.
"Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua menteri dan timbalan menteri di setiap kementerian untuk mengadakan sesi libat urus di bawah kapasiti masing-masing untuk mengetahui apa yang diperlukan di peringkat kementerian bagi menambah baik bantuan kepada rakyat dan pembangunan negara," katanya.
Belanjawan 2024 dijangka terus memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat, bantuan diteruskan serta ditambah baik, begitu juga pembangunan prasarana negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata MoF telah menerima maklum balas dan cadangan termasuk daripada pihak kementerian, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu melalui laman web MOF. - Gambar fail/BERNAMA

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)

Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.

Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.

MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.

Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau

Cukuplah mercu tanda sedia ada, saya tak berhajat buat satu lagi - Anwar
Tumpuan sebaliknya diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar terutama di ibu kota Kuala Lumpur.

Kebakaran di Kementerian Kewangan: Tiada kecederaan, kerugian - MoF
Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.

Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.