Skip to main content

Dunia

16 maut, lebih 50 cedera dalam serangan bom di Pakistan

At least 16 killed in suicide attack on police facility in northwest Pakistan -- REUTERS
Lapor media antarabangsa, kejadian berlaku di daerah Kohat apabila pengebom memandu sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan ke arah masjid yang terletak dalam kompleks kediaman anggota polis. - Reuters
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 16 maut manakala lebih 50 cedera dalam dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah masjid di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat.

Lapor media antarabangsa, kejadian berlaku di daerah Kohat apabila pengebom memandu sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan ke arah masjid yang terletak dalam kompleks kediaman anggota polis.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan bersenjata masih berterusan selepas insiden berkenaan.

Susulan insiden, mayat dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan.

Angka kematian juga dikhuatiri meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Seorang daripada penyerang dilaporkan terbunuh, kata seorang pegawai, manakala operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sementara itu, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dalam satu kenyataan berharap mereka yang cedera dalam letupan itu segera pulih.

Keganasan meningkat di kawasan terpencil Pakistan berhampiran sempadan Afghanistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Must Watch Video

Advertisement