awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF segera bincang penangguhan bayaran pinjaman 'projek sakit' PR1MA di Sabah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/03/2022
10:44 MYT
MoF segera bincang penangguhan bayaran pinjaman 'projek sakit' PR1MA di Sabah
Shahar berkata setakat 22 Mac, terdapat tiga projek di bawah PR1MA yang dibangunkan di Sabah diklasifikasikan sebagai 'projek sakit' -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) memberi jaminan akan mengadakan perbincangan bersama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berhubung penangguhan bayaran pinjaman melibatkan 'projek sakit' di Sabah.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Shahar Abdullah, berkata keresahan peminjam yang berdepan masalah itu akan dibincangkan segera.
Beliau berkata demikian memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang mengatakan ramai peminjam rumah PR1MA di negeri itu memerlukan moratorium pembayaran kerana menanggung kerugian disebabkan projek terbengkalai.
"Saya kira perkara ini saya akan ambil (sebagai) satu perkara yang amat penting bagi memastikan masalah rakyat dapat dilihat.
"Saya bagi komitmen kepda YB supaya satu perbicangan antara YB (Wilfred), PR1MA dan Kementerian Kewangan akan dilaksanakan seberapa segera yang mungkin dan saya juga akan terlibat dalam perbincangan tersebut. Ini komitmen saya dan MoF," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Mengulas lanjut, Shahar berkata setakat 22 Mac, terdapat tiga projek PR1MA yang dibangunkan di Sabah diklasifikasikan sebagai 'projek sakit'.
Ia melibatkan sebanyak 2,736 unit masing-masing membabitkan Residensi Woodford Estate (Beaufort); Residensi Ranggu (Tawau); serta Residensi Menggatal (Kota Kinabalu).
"(Daripada jumlah tersebut) sebanyak 1,300 unit melibatkan Residensi Ranggu, Residensi Menggatal (816 unit) dan Residensi Woodford Estate (620 unit).
"PR1MA sebagai satu agensi persekutuan telah diberikan kelonggaran untuk tidak memohon Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) di Sabah. Walau bagaimanapun, kelonggaran tersebut telah ditarik balik pada 2019, dan PR1MA perlu memohon semula lesen kemajuan tersebut.
"PR1MA kini telah memohon APDL dan mendapat lesen pemajuan bagi projek Residensi Ranggu dan sedang dalam proses kelulusan dan permohonan bagi Residensi Menggatal dan Residensi Woodford Estate," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#PR1MA
#Sabah
#Projek sakit di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan