awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moody's rendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, unjuran 'stabil'

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
21/06/2019
11:07 MYT
Moody's rendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, unjuran 'stabil'
Pengumuman penurunan penarafan Moody's terhadap Petronas telah dijangka oleh pasaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - Gambar Fail
Syarikat penarafan terkemuka dunia, Moody's Investors Service (Moody's) telah merendahkan paras penarafan Petronas dari A1 ke A2.
Perkara ini diumumkan oleh Moody's melalui sebuah kenyataan lewat Jumaat (21 Jun).
Menurut Moody's, antara faktor penurunan penarafan Petronas adalah kerana keterlibatan perniagaan syarikat minyak terbesar negara itu dengan kerajaan Malaysia.
"Walaupun Petronas mempunyai metrik kredit yang kukuh untuk penarafan mereka, keterlibatan mereka dengan kerajaan Malaysia (A3 Stabil) menyebabkan mereka tidak mampu menyokong paras mereka (di tahap A1)," kata Vikas Halan, Penolong Presiden Kanan Moody's.
Moody's memberi penerangan lanjut tentang isu keterlibatan Petronas bersama kerajaan, iaitu pertama, kerajaan memiliki 100 peratus Petronas, dan kedua, sebanyak dua pertiga aset Petronas, produksi, dan rezab syarikat itu, berada di Malaysia.
Sebab ketiga, adalah kebergantungan Malaysia atas Petronas sebagai punya pendapatan negara, iaitu sebanyak 20 peratus.
Apa maksud taraf A2?
Moody's turut berpendapat ada kemungkinan Petronas memerlukan sokongan yang besar dan kebergantungan yang mendalam oleh Petronas dari kerajaan (A3 stabil).
Walau bagaimanapun, Moody's menambah andaian ini tidak akan merubah penarafan kedua-dua pihak kerana penarafan kerajaan (A3) adalah dibawah penarafan Petronas (A2).
Topic Berkaitan
#A2
#Malaysia
#minyak
#Moody's Investors Service
#moodys
#Petronas
#presiden
#rating
#vikas halan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan