KUALA LUMPUR: Cabang digital Capital A Bhd, airasia Digital Sdn Bhd, dijenamakan semula sebagai Move Digital Sdn Bhd sekali gus menjadi langkah strategik bagi menekankan komitmennya terhadap perjalanan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A merangkap Pengerusi Eksekutif Move, Tan Sri Tony Fernandes berkata penjenamaan semula itu menandakan bahagian penting dalam fasa pertumbuhan seterusnya menerusi perniagaan airasia Superapp dan BigPay.
"Perniagaan platform perjalanan Move, airasia Superapp, juga akan mempunyai jenama baharu dan mengubah nama kepada 'airasia move' dalam tempoh terdekat sebagai fasa transformasi berterusan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman mengenai Move Digital di sini, pada Isnin.
Pengguna airasia Superapp akan dapat mengalami akses lancar kepada perjalanan dan perkhidmatan kewangan pada satu platform, dengan ciri kewangan bersepadu seperti paparan baki, tambah nilai dan pembayaran daripada BigPay di samping memperkukuh saranan nilai airasia move sebagai aplikasi perjalanan pilihan.
Tony berkata peranannya sebagai pengerusi eksekutif akan mempertingkatkan sinergi antara kedua-dua perniagaan itu.
"Selepas perubahan ini, pasaran boleh mengharapkan pengalaman pengguna yang diperkaya selain lebih banyak penyepaduan ciri BigPay dalam airasia Superapp dan airasia move tidak lama lagi," katanya.
airasia Superapp dengan pantas telah menjadi satu platform perjalanan sehenti yang menawarkan nilai dan kemudahan menerusi pengalaman tempahan menyeluruh yang lancar sejak dua tahun lepas manakala BigPay mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia teknologi kewangan inovatif.
Pada suku kedua 2023, airasia Superapp merekodkan pengguna aktif bulanan sebanyak 15 juta dengan peningkatan pengguna baharu sebanyak 10 peratus bagi setiap tempoh sukuan.
BigPay pula mencatatkan pertambahan pengguna kad sebanyak 16 peratus tahun ke tahun pada suku kedua.
"Sejak suku kedua 2022, aplikasi perjalanan ini telah merekodkan pertumbuhan positif dari segi keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) manakala BigPay menyasar untuk mengalami pulang modal pada 2024," katanya.
Tony juga mengumumkan pelantikan Nadia Omer sebagai CEO airasia move berkuat kuasa 26 Okt, 2023.
Nadia akan menggantikan Pemangku CEO airasia SuperApp, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil, yang akan meneruskan tugasnya menerajui perniagaan itu buat masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Tony Fernandes (tengah) berkata penjenamaan semula itu menandakan bahagian penting dalam fasa pertumbuhan seterusnya menerusi perniagaan airasia Superapp dan BigPay. -Dagang News
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital
Cabang digital Capital A Bhd, airasia Digital Sdn Bhd, dijenamakan semula sebagai Move Digital Sdn Bhd sekali gus menjadi langkah strategik bagi menekankan komitmennya terhadap perjalanan.