awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCC anjur konsultasi awam kedua Kajian Pasaran Ekonomi Digital

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2025
03:40 MYT
MyCC anjur konsultasi awam kedua Kajian Pasaran Ekonomi Digital
MyCC turut menggesa semua pemain industri berkaitan termasuk perniagaan dan persatuan untuk hadir dan menyumbang pandangan pada sesi konsultasi awam ini.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menganjurkan sesi konsultasi awam kedua bagi deraf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada 19 Ogos ini, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh amalan persaingan sihat dalam sektor digital negara.
Kajian yang dijalankan di bawah Seksyen 11 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) itu memberi tumpuan kepada lima sektor strategik utama, iaitu sistem operasi dan pembayaran mudah alih, e-dagang (pasaran runcit), perkhidmatan pengiklanan digital, agensi pelancongan dalam talian (OTA) serta privasi dan perlindungan data.
Menurut MyCC, kajian tersebut telah melalui proses libat urus meluas melibatkan agensi kerajaan, pemain industri, persatuan dan kumpulan fokus, selain menerima maklum balas bertulis semasa konsultasi awam laporan interim.
“Hasil kajian ini telah mengenal pasti isu-isu kritikal berkaitan struktur pasaran, persaingan dan peraturan, yang membentuk rangka cadangan komprehensif untuk pertimbangan pihak berkuasa kawal selia,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
MyCC turut menekankan kepentingan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pemula agar dapat bersaing secara adil dalam pasaran digital.
Sesi konsultasi awam akan diadakan di AICB Centre of Excellence, Kuala Lumpur dari pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi MyCC di www.mycc.gov.my atau menghubungi Bahagian Ekonomi Persaingan melalui emel [email protected] atau talian +603-3009 3009.
Topic Berkaitan
#MyCC
#konsultasi awam
#Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan