awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyDIGITAL Corp, Accenture Malaysia bekerjasama pacu rangka tindakan ekonomi digital dan 4IR

Bernama
Bernama
06/09/2022
23:45 MYT
MyDIGITAL Corp, Accenture Malaysia bekerjasama pacu rangka tindakan ekonomi digital dan 4IR
Mustapa (berdiri, kanan) menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat antara MyDIGITAL Corp dan Accenture Malaysia di Kuala Lumpur semalam. - Foto Accenture
KUALA LUMPUR: Langkah kerjasama antara MyDIGITAL Corporation dan Accenture Malaysia akan memacu serta melonjakkan lagi Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MDEB) serta Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR), terutama dalam menggalakkan budaya dan kemampanan digital.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata usaha yang dimuktamadkan menerusi pemeteraian Surat Hasrat pada semalam, akan turut menyaksikan kedua-dua pihak meninjau serta mengenal pasti peluang untuk meningkatkan daya saing ekonomi melalui pendigitalan.
Menurutnya, ini juga meliputi usaha kerjasama bagi membangunkan tenaga kerja digital yang serba tangkas dan cekap serta mendorong transformasi digital dalam sektor awam.
Dalam kenyataan semalam, beliau berkata sejak penubuhannya, MyDIGITAL Corporation telah berperanan penting untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara yang digerakkan secara digital, berpendapatan tinggi serta fokus untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.
"Setakat ini, MyDIGITAL Corporation telah terlibat dan bekerjasama dengan sejumlah 11 syarikat daripada sektor swasta termasuk Intel Malaysia, Microsoft (Malaysia), Cisco Systems Inc, Petrosains Sdn Bhd dan Axiata Group Bhd.
"Seiring dengan lebih banyak rancangan kerjasama, saya yakin kita mampu menjana aspek pembangunan sosioekonomi yang bertanggungjawab, inklusif serta mampan menerusi ekonomi dan ekosistem digital yang pesat," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi digital
#Mustapa Mohamed
#Accenture Malaysia
#MyDIGITAL Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan