awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing

Dagang News
Dagang News
06/01/2024
05:10 MYT
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
Pada 16 Oktober 2023, MyEG menerima surat kelulusan daripada kementerian untuk lanjutan perkhidmatan tersebut bagi tempoh 2 tahun.
KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
Penyambungan semula berlaku selepas selesainya peningkatan sistem yang dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan lanjutan perkhidmatan yang diberikan sebelum ini oleh Kementerian Dalam Negeri.
Pada 16 Oktober 2023, MyEG menerima surat kelulusan daripada kementerian untuk lanjutan perkhidmatan tersebut bagi tempoh 2 tahun.
"Dengan penyambungan semula, pengguna boleh melayari www.myeg.com.my mulai 15 Januari 2024 untuk memohon pembaharuan PLKS untuk pembantu rumah dan pekerja asing serta menikmati kemudahan supaya dokumen berkaitan dihantar ke premis mereka," kata syarikat itu dalam kenyataan.
Untuk pertanyaan, pengguna boleh menghubungi:MYEG HQ: 03-7801 8888, SABAH: 088-702459 / 088-702259Alamat e-mel: [email protected] Langsung: https://wid-chat.myeg.com.my/chatwidget/
Menurut kenyataan itu lagi, sebagai penyedia perkhidmatan digital, MyEG kekal komited untuk terus menyediakan pengalaman tanpa kerumitan, selamat dan cekap untuk pengguna dalam berurus niaga dengan agensi-agensi kerajaan. - DagangNews
Topic Berkaitan
#MyEG
#PLKS
#pekerja asing
#permohonan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan