awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naeem Khan dilantik Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia

Farhana Joni
Farhana Joni
16/01/2020
08:03 MYT
Naeem Khan dilantik Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia
Naeem memiliki pengalaman selama 21 tahun dalam pengurusan korporat, perniagaan dan aktiviti komersial meliputi Asia Pasifik dan Timur Tengah. - Foto Philip Morris
Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd. (PMM) mengumumkan pelantikan Naeem Khan sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Januari lalu, menggantikan Kang Tae Koo.
Menurut PMM, Naeem memiliki pengalaman selama 21 tahun dalam pengurusan korporat, perniagaan dan aktiviti komersial meliputi Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Sebelum menyertai PMM, Naeem merupakan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi, EZbuy Holding Ltd. di Pakistan iaitu sebuat platform dalam talian antarabangsa.
Dalam pada itu, Naeem juga telah menghabiskan 18 tahun dalam kerjaya profesional di sebuah syarikat pengguna atau penjagaan kesihatan terbesar dunia sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Philip Group of Co. di Malaysia pada 2011 dan Naib Presiden Produk Pengguna bahagian lampu untuk pasaran yang berasas luar dari China.
"Industri tembakau sedang berkembang pesat, inovasi baru dan teguh yang membina pengurangan bahaya akan membantu dunia mencapai masa depan bebas rokok dengan pantas.
"Saya sangat teruja dan bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan bersejarah Philip Morris ke arah dunia bebas rokok untuk generasi akan datang.
"Kami akan berusaha untuk meletakkan Philip Morris Malaysia sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab sekali gus menyumbang secara positif kepada ekonomi rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#lantik
#Malaysia
#Naeem Khan
#pelantikan
#Philip Morris
#tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan