awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naelofar Hijab sasar jualan di luar negara RM15 juta pada tahun depan

Bernama
Bernama
15/08/2016
23:18 MYT
Naelofar Hijab sasar jualan di luar negara RM15 juta pada tahun depan
Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei. - Gambar fail
NH Prima International Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan jualannya di luar negara kepada RM15 juta pada tahun depan, dengan sokongan pembukaan kedai tidak lama lagi di London.
Pengarah Noor Neelofa Mohd Noor, yang juga seorang pelakon dan pengacara TV, berkata syarikat meraih purata jualan di luar negara sebanyak RM5 juta melalui platform dalam taliannya.
"Saya harap kedai baharu di Chelsea, London, yang akan memulakan perniagaan pada bulan depan, akan meningkatkan lagi jualan kami di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengenai 'CelebExports' di sini pada Isnin.
Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.
Noor Neelofa, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, berkata pada tahun lepas, syarikat mencatat jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.
Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Noor Neelofa berkata MATRADE memainkan peranan penting dalam perniagaannya termasuk penubuhan kedai pertama syarikat itu di luar Malaysia.
Topic Berkaitan
#Matrade
#Naelofar Hijab
#NH Prima International Sdn Bhd
#Noor Neelofa Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan