Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan definisi baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dijangka menambah bilangan firma PKS dalam negara bagi memudahkan transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata definisi baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Beliau berkata Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan hari ini telah meluluskan cadangan untuk menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan pekerja bagi semua sektor ekonomi.
Bagi sektor pembuatan, beliau berkata PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (kurang RM25 juta pada masa ini atau bilangan pekerja tidak melebihi 200 pekerja (kurang daripada 150 pekerja pada masa ini).
Bagi sektor perkhidmatan, beliau berkata nilai ambang juga dinaikkan iaitu PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta (kurang daripada RM5 juta pada masa kini) atau bilangan pekerja tidak melebihi 75 pekerja (kurang daripada 50 pekerja pada masa kini).
Di bawah definisi baharu, Najib berkata perusahaan mikro merupakan firma yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau pekerja kurang daripada lima orang.
"Kajian semula ini adalah tepat pada masanya memandangkan perubahan ekonomi di mana melalui definisi baharu ini, bererti jumlah firma yang diklasifikasikan sebagai PKS akan bertambah berikutan takrifan semula ini."
"Berikutan definisi baharu ini, jumlah PKS dijangka meningkat daripada 97.3 peratus pada masa ini kepada 98.5 peratus, katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang Ke-14 bersama ahli-ahli daripada 16 kementerian dan agensi, termasuk dari Sabah dan Sarawak di Bangunan Perdana Putra di sini.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.
Sementara itu, Najib berkata Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan turut membincangkan "breakout strategy" untuk perusahaan mikro yang akan diperhalusi dengan lebih lanjut untuk memberi insentif dan galakan untuk meningkatkan produktiviti sektor itu.
Beliau berkata majlis itu juga membincangkan kertas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam pusat penjaja bagi diberi nafas baharu.
Beliau berkata enam pusat penjaja itu ialah Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak, Pusat Penjaja Jalan Usahawan, Medan Selera Taman Maluri, Medan Selera Taman Setiawangsa, Medan Selera Damai dan Medan Selera Mega.
Kita telah menetapkan pendekatan baharu untuk memaparkan satu model yang lebih baik berdasarkan konsep pembangunan yang seperti mini Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia.
Kita juga memutuskan untuk mendapatkan kerjasama strategik dengan syarikat swasta supaya rupa bentuk pusat penjaja, tahap kebersihan dan ciri-ciri lain dapat dimasukkan dalam bentuk baru pusat penjaja itu.
Dengan ini, pusat penjaja itu mempunyai daya tarikan kukuh berbanding dahulu, katanya.
Bernama
Thu Jul 11 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Akta Hasutan: Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas - Pakar undang-undang
Ketika ini, takrifan yang terlalu longgar menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, bahkan juga pihak mahkamah.
COVID-19: CDC Amerika Syarikat tukar definisi kontak rapat
CDC memberi perincian, kontak rapat kini bermaksud, individu yang menghabiskan sejumlah masa selama lebih 15 minit dalam tempoh 24 jam, walaupun tidak secara berterusan.
COVID-19: Pakai pelitup muka sekarang - Lee Lam Thye
Lee menggesa kerajaan agar menjelaskan kekaburan mengenai definisi tempat awam dan kawasan sesak.
Takrif pengganas perlu didefinisikan semula
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata sikap media Barat yang hanya mengaitkan perkara itu dengan umat Islam adalah tidak adil dan boleh mengundang persepsi negatif.
Najib: Definisi baharu PKS jangka tambah bilangan firma PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan definisi baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).