awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lancar logo TH di bangunan penginapan jemaah haji di Madinah

Bernama
Bernama
10/01/2018
23:58 MYT
Najib lancar logo TH di bangunan penginapan jemaah haji di Madinah
Lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi. Facebook Najib Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan logo Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah.
TH dalam kenyataannya berkata peletakan logo rasmi tersebut adalah lanjutan daripada perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development.
"Peletakan logo ini memberi pendedahan jenama TH kepada masyarakat antarabangsa yang mengenali TH sebagai sebuah daripada organisasi terbaik dalam pengurusan haji dan logo ini juga akan menjadi pengenalan serta memudahkan jemaah haji semasa menginap di hotel-hotel tersebut," kata kenyataan itu.
Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah dan Pengerusi Al-Rawda, Dr Mashhoor Ali Al Madodi.
Sementara itu, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam ucapannya berkata perjanjian pajakan jangka panjang yang dilakukan itu akan memberi kesan positif kepada TH kerana ia dapat membendung kenaikan kos penginapan daripada terus meningkat setiap tahun.
"Sejak penubuhannya lima dekad yang lalu, TH telah berjaya memenuhi objektif membantu dan menjaga kebajikan para jemaah haji dalam urusan menunaikan rukun Islam yang kelima", katanya.
Pada majlis tersebut Najib yang turut melawat bilik penginapan yang akan digunakan pada musim haji tahun ini, berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang bakal disediakan TH kepada bakal jemaah haji Malaysia.
Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Arab Saudi
#hotel
#logo
#Madinah
#Najib Razak
#pajakan
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan