awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nationwide dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 5 April

Bernama
Bernama
01/04/2022
00:15 MYT
Nationwide dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 5 April
Bursa Malaysia Securities Bhd menolak rayuan Nationwide Express Bhd untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan penstrukturan semulanya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menolak rayuan Nationwide Express Bhd untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan penstrukturan semulanya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dan memutuskan syarikat itu dinyahsenarai seiring dengan syarat penyenaraian.
Sekuriti syarikat itu akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities pada Selasa, 5 April, 2022, kata Nationwide dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
"Selepas penyahsenaraian, syarikat itu akan terus wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
"Syarikat masih boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta meneruskan penstrukturan semula korporatnya, dan pemegang sahamnya masih boleh diberi ganjaran daripada prestasi syarikat.
"Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan didagangkan di Bursa Securities," katanya.
Pada 8 Feb, Nationwide mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan permohonan kepada Bursa Securities untuk mendapatkan lanjutan masa hingga 23 Ogos 2022 untuk menyerahkan draf pekeliling pelan penstrukturan semulanya kepada Bursa Securities.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Nationwide Express
#entiti tidak tersenarai
#pemegang saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan