IPOH: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.34 bilion ke Perak setakat ini, yang bakal menyediakan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Terbaharu, lima buah syarikat menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan bernilai RM2 bilion yang menawarkan 3,885 peluang pekerjaan.
Lima syarikat itu ialah Eco Medi Glove Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan RM300 juta di Taiping, diikuti Onetexx Sdn. Bhd. (RM373.9 juta) juga di Taiping, Dyna Care Sdn. Bhd. (RM1.19 bilion) di Lumut Port Industrial Park, HICOM-Teck See Sdn. Bhd. (RM208 juta) di Tanjung Malim dan PNA Technologies Sdn. Bhd. (RM1.7 juta) di Kampung Gajah.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan perkara itu sewaktu menyaksikan majlis komitmen pelaburan itu bersama NCIA yang diadakan secara maya hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehhuddin Alyubi Zakaria, dan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.
Terdahulu, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Perak, Saarani berkata, bagi mempercepatkan proses pemulihan susulan pandemik COVID-19, kerajaan negeri akan terus memfokuskan usaha menarik pelaburan strategik dan berimpak tinggi untuk menjana ekonomi, termasuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Menurutnya, kerajaan negeri menggalakkan pelaburan bernilai tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan terutama dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pendigitalisasi dan penerimagunaan teknologi baharu selaras dengan Pelan Pembangunan Perak 2040.
“Perak perlu memberi tumpuan kepada pengeluaran produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk getah, terutamanya sarung tangan.
“Ini memandangkan Perak mempunyai kelebihan dalam industri-industri ini berbanding negeri lain. Promosi berkaitan pelaburan ke negeri Perak perlu diperluaskan agar negeri ini menjadi destinasi tumpuan pelabur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis komitmen pelaburan itu, di sini.
Sementara itu, Jebasingan Issace John berkata, NCIA telah mengumumkan penambahbaikan kepada program insentif merangkumi NCER Tax Incentives ([email protected]), NCER Talent Enhancement Program (NTEP) dan Dana Usahawan ([email protected]) dalam usaha menyokong komuniti perniagaan di negeri Perak menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
Menurutnya, melalui program [email protected], NCIA telah menyediakan geran pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di Perak bagi mengatasi implikasi ekonomi terkesan oleh pandemik COVID-19.
Katanya, sehingga kini, program [email protected] telah menyokong pembangunan 13 usahawan PKS tempatan dengan jumlah pelaburan baharu RM135 juta dan mewujudkan 520 peluang pekerjaan baharu.
“Bagi memastikan negeri Perak kekal stabil dalam pertumbuhan sosioekonomi, NCIA akan terus komited dalam melaksanakan program modal insan yang inklusif, holistik, dan berpaksikan rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 04 2021

Menurut Saarani, kerajaan negeri menggalakkan pelaburan bernilai tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan terutama dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pendigitalisasi dan penerimagunaan teknologi baharu. - Gambar fail

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari
Keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga.

NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.

NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.

NCIA selaras pelaburan RM4.34 bilion ke Perak pada 2021
Kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif.

NCIA sasar pelaburan US$100 juta dari firma teknologi pertanian UAE
Pure Harvest memiliki kepakaran dalam pertanian pintar untuk menghasilkan tanaman bernilai tinggi pada kualiti premium.

Perdagangan luar NCER meningkat 13.1 peratus kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

NCIA tarik RM2.34 bilion pelaburan ke Perak, sediakan 4,400 peluang pekerjaan
NCIA berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.34 bilion ke Perak setakat ini yang bakal menyediakan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

NCER tarik pelaburan RM16 bilion pada 2021 meskipun berdepan cabaran pandemik
NCIA memperoleh pelaburan bernilai lebih RM16 bilion pada 2021, sekali gus bakal mencipta lebih 19,000 peluang pekerjaan bagi NCER.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Pejabat NCIA di Pulau Pinang, Cyberjaya beroperasi ketika PKP
NCIA berkata semua program termasuk di pusat empowerNCER akan kekal beroperasi dengan aktiviti yang minimum dan mematuhi SOP.