KUALA LUMPUR: Susulan daripada pemulihan ekonomi global pada tahun lepas, negara-negara ASEAN berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) pada 2022 dan seterusnya, menurut Tricor Group dalam laporan bertajuk ‘ASEAN in Focus: Economic Outlook, Insights Business Opportunities’.

Ia adalah kompilasi pandangan mengenai perniagaan untuk membimbing syarikat multinasional (MNC), perusahaan kecik dan sederhanan (PKS) dan usahawan yang berminat untuk menubuhkan, mengendalikan dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tricor, Lennard Yong berkata: "Laluan blok perdagangan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah detik penentu bagi perdagangan global dan pembangunan penting yang akan menyumbang aliran FDI pada bulan dan tahun-tahun akan datang.

"Ekonomi ASEAN yang semakin matang berfungsi sebagai tonggak utama untuk mengaktifkan perjanjian itu," katanya.

"Di Tricor, kami menaruh keyakinan bagaimana perjanjian penting ini mencetuskan trend perdagangan global baharu, mengukuhkan rantaian bekalan pan-Asia dan meluaskan peluang untuk pelabur asing. Kepakaran tempatan khusus Tricor dan hubungan dinamik mengukuhkan status kami sebagai rakan kongsi untuk perusahaan yang mahu berkembang di ASEAN, Asia-Pasifik (APAC) dan di rantau lain.

Laporan itu menawarkan perspektif, pemerhatian dan analisis daripada eksekutif kanan Tricor mengenai bagaimana trend perdagangan global memberi kesan kepada perdagangan, pelaburan dan pengembangan pasaran global dalam di negara-negara ASEAN.

Menurut satu kenyataan, laporan itu mengandungi bahagian khas mengenai RCEP.

Menghubungkan 15 negara dan meliputi 30 peratus penduduk dunia sebagai sebahagian daripada blok perdagangan terbesar di dunia, RCEP dijangka mengurangkan kadar tarif antara 90 peratus dan 93 peratus tarif rentas sempadan.

Laporan itu juga mengandungi gambaran keseluruhan bagi setiap pasaran ASEAN dengan bahagian khusus untuk perbadanan perniagaan, pertimbangan cukai dan persekitaran buruh.

Sorotan utama daripada laporan itu juga termasuk perbadanan perniagaan, pertimbangan cukai dan persekitaran buruh bagi setiap satu daripada 10 negara ASEAN dan penerokaan mengenai bagaimana ASEAN berfungsi sebagai enjin pertumbuhan untuk strategi pelaburan dan pengembangan syarikat multinasional dari China.

Bersama-sama dengan perkhidmatan dan kepakaran Tricor, panduan yang disediakan dalam laporan itu menyediakan syarikat dengan pandangan yang mendalam untuk meneruskan objektif perniagaan dan memanfaatkan trend perdagangan global terkini yang mengubah ASEAN, APAC dan di rantau lain.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.tricorglobal.com.

-- BERNAMA