awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan bentang bajet berimbang RM384.036 juta bagi 2016

Bernama
Bernama
27/11/2015
07:32 MYT
Negeri Sembilan bentang bajet berimbang RM384.036 juta bagi 2016
Mohamad, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, berkata anggaran bajet mengurus 2016 mencatatkan peningkatan 5.24 peratus atau RM19.105 juta berbanding bajet 2015. - Gambar Fail
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan bajet berimbang RM384.036 juta bagi 2016, pertambahan lima peratus berbanding Bajet 2015.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata anggaran belanjawan itu merangkumi RM384.036 juta bagi anggaran bajet mengurus dan RM384.036 juta bagi anggaran hasil.
"Dalam usaha mencapai sasaran anggaran hasil sebanyak RM384.036 juta, kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan kutipan hasil.
"Antara sumber hasil yang akan diberikan tumpuan termasuklah cukai tanah, premium tanah, pulangan daripada pelaburan dan jualan air mentah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohamad, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, berkata anggaran bajet mengurus 2016 mencatatkan peningkatan 5.24 peratus atau RM19.105 juta berbanding bajet 2015.
"Ia meliputi perbelanjaan-perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, perolehan aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap untuk semua agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri," katanya.
Bertemakan "Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat", Mohamad berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM93.726 juta di bawah peruntukan pembangunan.
"Peruntukan perbelanjaan pembangunan ini akan diperoleh daripada empat sumber iaitu caruman daripada belanjawan mengurus sebanyak RM71.88 juta, caruman tetap pembangunan ekonomi kerajaan persekutuan (RM18.496 juta), terimaan daripada sewa rumah awam harga rendah (RM1.85 juta) dan caruman daripada akaun amanah disatukan (luar jangka) sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Beliau berkata peruntukan pembangunan ini akan diagihkan kepada sektor pembangunan sosial sebanyak RM30.433 juta, infrastruktur (RM28.391 juta), pertanian (RM11.3 juta), pentadbiran (RM12.422 juta), kerohanian (RM6.75 juta) dan pelancongan sebanyak RM4.43 juta.
Topic Berkaitan
#Bajet 2016
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan