NETFLIX telah meningkatkan belanjawan pemasaran dari S$1.3bilion (RM5.09 bilion) kepada US$2 bilion (RM7.84 bilion), menurut laporan tahunan suku keempat syarikat itu.

Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Netflix, Reed Hastings memaklumkan, syarikat itu kini lebih memberi fokus kepada aspek pemasaran.

Ditambah pula, apabila Netflix berpuas hati dengan filem ‘Holy Grail Dream’ yang mendapat sambutan luar biasa. Ini membuktikan perkhidmatan pemasaran yang baik ketika itu ditambah dengan kandungan filem yang relevan.

“Keputusan meningkatkan belanjawan pemasaran ialah pelaburan yang terbaik setakat ini. Pada waktu yang sama, kami akan terus memperbaiki keaslian produk dan pemasaran tajuk.

"Saya tahu, akhirnya kita akan kurang berbelanja dengan pemasaran yang berbayar.” jelas Hastings.

Tambah beliau, kita mahukan kandungan filem yang terbaik dan berbaloi dengan belanjawan yang dilaburkan supaya akhirnya memberi manfaat kepada pembangunan syarikat tersebut.

Secara keseluruhan, Netflix telah berjaya meningkatkan pendapatan penstriman sebanyak 36 peratus di mana ia melebihi AS$11 bilion (RM43.11 bilion) dan berlaku juga penambahan keahlian baru sebanyak 24 juta berbanding dengan dua tahun lepas iaitu sebanyak 19 juta.

Di peringkat antarabangsa pula, syarikat tersebut mencapai sumbangan keuntungan positif buat kali pertama. Selain itu, pelaburan teknologi dan pembangunan bagi perkhidmatan streaming akan ditingkatkan juga kira-kira AS$1.3 billion (RM5.09 bilion) pada 2018.

Pada suku tahun 2017, Netflix mengumumkan akan membelanjakan kira-kira AS$7billion (RM27.43 bilion) dan AS$8 bilion (RM31.35 bilion) untuk kandungan pada 2018. Ini diikuti dengan perkembangan pendapatan sebanyak AS$2.985 juta (RM2985 juta) pada suke ketiga 2017, tahun ke tahun pertumbuhan meningkat sebanyak 30.3 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Sebelum ini, pada Julai 2017, mengumumkan akan melabur sehingga AS$750 juta (RM2939.25 juta) untuk kandungan dan perkembangan global.

Tindakan tersebut dibuat untuk meningkatkan pelaburan pada kandungan terutama dalam siri-siri asli filem dan akhirnya, mengembalikan keuntungan syarikat.