awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga

Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
28/02/2023
03:30 MYT
Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4655/4710 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Selasa.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4655/4710 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4755/4805.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kemerosotan dolar AS diburukkan lagi oleh penurunan ketara data barangan tahan lama AS daripada jangkaan sebanyak 4.5 peratus bulan lepas.
"Laporan itu menjejaskan sebahagian daripada langkah menaikkan kadar faedah AS. Namun begitu, para pelabur tempatan masih menjangkakan pemulihan yang menggalakkan dalam data aktiviti China yang akan dikeluarkan esok," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2786/2829 daripada 3.2816/2855 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3144/3190 daripada 3.3162/3204 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding euro kepada 4.7374/7433 daripada 4.7212/7265 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3858/3925 daripada 5.3576/3636.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.