awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit pulih semula berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
21/12/2021
02:59 MYT
Nilai ringgit pulih semula berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, nilai mata wang tempatan naik kepada 4.2230/2260 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat kembali berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini, didorong oleh sedikit permintaan walaupun terdapat kebimbangan yang berlarutan terhadap varian Omicron COVID-19 yang kini telah menular di dalam negara dan seluruh dunia.
Pada 9.01 pagi, nilai mata wang tempatan naik kepada 4.2230/2260 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2280 pada penutup Isnin.
Seorang peniaga berkata dolar menjadi lemah selepas senator Democratic West Virgina Joe Manchin mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyokong rancangan perbelanjaan sosial hampir US$2 trilion pentadbiran Joe Biden, dengan memetik bimbang akan inflasi.
Bagaimanapun, peniaga itu menambah perdagangan untuk ringgit dijangka kekal berhati-hati kerana Omicron terus menjejaskan kehendak risiko.
Kes harian baharu COVID-18 di negara ini jatuh di bawah paras 3,000 apabila 2,589 kes baharu dilaporkan semalam tetapi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menjangkakan peningkatan kes positif COVID-19 di pusat pemindahan di seluruh negara berikutan keadaan banjir di negara ini.
Malaysia turut melaporkan 11 lagi kes Omicron COVID-19 baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan 13.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7181/7211 daripada 3.7209/7248 pada hari Isnin.
Bagaimanapun, ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0883/0910 daripada 3.0873/0906, lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.5744/5783 daripada 5.5698/5750 sebelumnya dan lemah berbanding euro kepada 4.7619/7652 daripada 4.7550/7595 pada penutupan urus niaga Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan