KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus merosot berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut berikutan sokongan belian berterusan untuk dolar yang dianggap mata wang selamat, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.4400/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4345 penutup Selasa.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata terdapat momentum yang lebih besar di sebalik konsensus yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lama dalam persekitaran ekonomi yang lebih kukuh.
"Saham yang lebih lemah serta AS yang jauh lebih tinggi juga akan menjadi masalah kepada ringgit hari ini, justeru, mata wang tempatan itu dijangka bergerak lemah sejajar dengan Yuan China," katanya kepada Bernama.
Beliau seterusnya berkata sentimen tempatan telah dijejaskan oleh kebimbangan yang semakin mereda mengenai kemelesetan AS -- perkembangan yang mungkin akan menyebabkan Rizab Persekutuan berhenti menaikkan kadar sepenuhnya dan beralih kepada mod pemotongan kadar.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2933/2965 daripada 3.2910/2938 pada penutup Selasa dan rendah berbanding dolar Singapura menjadi 3.3147/3182 daripada 3.3117/3148 semalam.
Ringgit turut merosot berbanding euro kepada 4.7322/7364 daripada 4.7230/7267 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.3857/3906 daripada 5.3531/3573 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.4400/4440 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.