KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut nilai untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah selain harga minyak mentah yang lemah.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.7310/7350 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.7260/7300.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Dini berkata dolar AS semakin tinggi tetapi ketidaktentuan berterusan dalam pasaran apabila pelabur menunggu lebih banyak petunjuk mengenai perkembangan dasar monetari terkini di Amerika Syarikat.
"Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan kadar faedahnya pada hari Rabu dan kemungkinan pasaran akan kekal lengang sedikit daripada biasa sehingga pengumuman dibuat.
"Sesetengah penganalisis menunjukkan kemungkinan kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan, yang boleh menyebabkan dolar AS menyusut berbanding mata wang setaranya," katanya sambil menyatakan keputusan kadar faedah Malaysia dijadualkan pada Khamis.
Beliau menambah Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman daripada 2.5 peratus kepada 2.75 peratus.
Harga minyak turun pada hari Isnin berikutan jangkaan pengeluaran AS akan meningkat dan data ekonomi China akan lemah.
Niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras global susut 0.98 peratus kepada AS$94.83 setong, manakala minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) turun 1.6 peratus kepada AS$86.53 setong.
Kenanga Investment Bank Bhd berkata peningkatan risiko politik selepas pembubaran parlimen pada 10 Okt 2022, telah mendorong ringgit menyusut di bawah paras 4.70 buat kali pertama dalam tempoh lebih 24 tahun.
"Ringgit diunjur berlegar sekitar paras 4.72 hingga 4.77 berbanding dolar AS dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini disebabkan ketidaktentuan politik, kenaikan kadar 75 mata asas berturut-turut Persekutuan dan yuan yang terus merosot.
"Selepas pilihan raya, mata wang tempatan diunjurkan mengukuh ke arah 4.66 menjelang akhir November," katanya dalam nota hari ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding dolar Singapura.
Mata wang tempatan bertambah nilai pound Britain kepada 5.4312/4358 daripada 5.4647/4693 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun pada 3.1809/1838 daripada 3.1833/1863.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6766/6805 daripada 4.7000/7040 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3430/3463 daripada 3.3409/3439 pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.7310/7350 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
AS tidak sokong operasi ketenteraan Israel di Rafah
Amerika Syarikat tidak melihat rancangan Israel untuk meletakkan operasi ketenteraan di Rafah adalah sebagai satu rancangan yang selamat dan komprehensif
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
39 disahkan maut, puluhan masih hilang
Hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 39 mangsa, kata pihak berkuasa tempatan yang menjangkakan peningkatan angka kematian kerana puluhan lagi masih hilang.
Agong, Permaisuri zahir ucapan penghargaan kepada warga JBPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.//
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
[TERKINI]Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi
Hari ini berlangsung majlis ramah mesra masjid dan surau Jumaat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Untuk laporannya bersama wartawan Madiha Abdullah.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.