Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Oktober 2026.

1. Pegawai kastam mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa

Abang mangsa pembunuhan pegawai kastam di Kuarters KLIA terkejut adiknya dipercayai dibunuh suami, ketika pasangan itu sedang melalui proses perceraian.

2. Terima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Kangar memerintahkan pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin membela diri atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf pada 2023.

3. Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat

Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Khamis.

4. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 berkuat kuasa hari ini - MOT

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] berkuat kuasa hari ini, melibatkan peruntukan baharu bagi membanteras lumba haram dan kegiatan tonto selain memperkukuh penguatkuasaan serta pendigitalan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan.

5. Jerebu nampak tebal, tapi IPU sederhana? Ini penjelasan JAS

Keadaan jerebu yang kelihatan tebal tidak semestinya menggambarkan tahap sebenar pencemaran udara kerana penglihatan turut dipengaruhi faktor cuaca, kelembapan udara dan cahaya.

6. Jerebu: Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit pembakaran di Indonesia

Tiada syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia didapati terbabit dalam aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia berdasarkan semakan terhadap syarikat yang mempunyai konsesi sawit di negara berkenaan.

7. Nahas helikopter Ulu Baram: Keadaan cuaca baik, juruterbang miliki sijil perubatan sah - Laporan awal

Punca nahas helikopter BO-105 di Long Lellang, Sarawak pada 8 September lalu masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun, laporan awal oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendedahkan bahawa keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

8. Kadar gaji minimum RM2,000 ditetap selepas penelitian teliti – Ramanan

Penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM2,000 sebulan yang berkuat kuasa mulai Jun 2027 dibuat selepas penelitian teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesan terhadap inflasi dan harga barang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

9. Jerebu: Sekolah wajib tutup, perhimpunan awam dihentikan jika IPU lebihi 200 - KKM

Semua institusi pendidikan termasuk sekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska) hendaklah ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, susulan kejadian jerebu berpanjangan di beberapa kawasan, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

10. PRN Melaka: PH kenal pasti calon sejak dua tahun lalu, kita yakin menang - Amirudin

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sudah dikenal pasti sejak dua tahun lalu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement