Usahawan Bumiputera harus meningkatkan kerjasama dengan usahawan bukan Bumiputera.

Menurut Penaung Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Seri Raja Nong Chik ini akan menggurangkan jurang pendapatan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Tambah beliau usahawan bukan Bumiputera disaran untuk menjalinkan kerjasama meluas di negara ini.

"Usahawan Bumiputera harus memperbanyakkan kerjasama dengan usahawan bukan Bumiputera.

"Kekuatan ekonomi kita dan kedudukan ekonomi negara kita dikuasai oleh masyarakat Cina di Malaysia.

"Saya lebih suka kita bekerjasama. Tetapi syarikat bukan bumiputera terutamanya syarikat usahawan Cina di Malaysia harus menjalin kerjasama," kata beliau.

Perangkaan kerajaan menunjukkan jurang pendapatan isi rumah purata pada 2014 yang paling luas adalah di antara kaum Cina dan Bumiputera.

Purata isi rumah kaum Cina memperolehi 38% pendapatan lebih tinggi setiap bulan berbanding dengan purata isi rumah Bumiputera.

Data berkenaan diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen pada 21 Oktober 2015.