PUTRAJAYA: Sektor koperasi tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang dibuat oleh pihak bank, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Merujuk kepada kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Noh berkata sektor koperasi terikat di bawah aktanya sendiri iaitu Akta Koperasi 1993.
"Dari segi akta, koperasi tidak terikat dengan apa-apa (peraturan) yang dibuat oleh pihak bank," katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi di sini, hari ini.
Pada 11 Mei lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk menaikkan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik, sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata KUSKOP dalam usaha mengembangkan kedai koperasi atau Coop Mart bagi membolehkan ahli koperasi menjana pendapatan, selain membantu meringankan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia.
Sebagai langkah pertama, katanya penyeragaman logo dan warna akan dibuat di Coop Mart seluruh negara.
"Tahun ini kita akan mulakan dengan 500 Coop Mart dahulu dan mana-mana ahli koperasi yang menyertai program ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian subsidi, bagi penjualan barang keperluan asas pada harga lebih murah," katanya.
Selain itu, menurutnya KUSKOP juga akan menubuhkan pusat pengumpulan dan pengedaran barangan (untuk Coop Mart) bagi mengelakkan peranan orang tengah.
"Kami harap pusat ini akan membeli secara langsung daripada penjual dan dihantar kepada Coop Mart secara terus," kata Noh.
Coop Mart dilancarkan pada 15 April lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar bercakap kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan agensi hari ini. - Foto BERNAMA

KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.

Guna koperasi perangi orang tengah cuba ambil untung lebih - Annuar
Kaedah menggunakan gerakan koperasi antara langkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi 'orang tengah, kata Annuar Musa.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.

Pemimpin, ahli koperasi perlu berintegriti, amanah dalam urus koperasi - Agong
Seri Paduka juga bertitah baginda berasa bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang telah menjangkau RM150 bilion.

Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Mohammad Hanis Osman CEO baharu Bank Rakyat
Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

Co-opbank beri anggota peluang tambah saham
Peluang untuk menambah jumlah saham di bank koperasi dibuka kepada anggota sedia ada Co-opbank Pertama (CBP) bermula 1 Jun lalu.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.