KUALA LUMPUR : Dewan Perdagangan Digital Malaysia menegaskan, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak sewajarnya menaikkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang didakwa bagi menstabilkan mata wang ringgit.
Presidennya, Chris Danial Wong berkata, ia susulan kenaikan OPR sebanyak dua kali sebelum ini tidak langsung membantu menstabilkan mata wang negara berkenaan.
Menurut Chris, kenaikan OPR itu sekali gus membebankan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Kita nampak bahawa kenaikan OPR sebelum ini dua kali tidak sama sekali bantu stabilkan Ringgit. Malah, kalau kita tengok mata wang ringgit kita hari ini mencecah hampir 4.5 (berbandind dolar AS) . Jadi, kita tidak nampak kenaikan OPR ini boleh stabilkan mata wang kita. Namun, lebih membebankan ialah para peminjam dari PKS, daripada pengguna. Ia membebankan kita," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA : BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Ujarnya, kos perniagaan akan turut meningkat apabila kadar faedah dinaikkan, dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna.
"Ia sekali gus membuatkan harga makanan, harga makanan asas akan naik kerana para peniaga terpaksa menanggung beban kadar faedah yang tinggi. Jadi, inilah rantaian yang akan terganggu," ujarnya lagi.
Justeru, beliau mengesyorkan BNM menggunakan kaedah lain termasuk menaikkan kadar faedah bersasar, serta mengurangkan aliran tunai ringgit di pasaran luar negara bagi menstabilkan mata wang negara itu.
"Cadangan pertama, kita boleh menaikkan faedah secara bersasar dan bukan secara syarat am. Perniagaan dengan pencapaian bagus kita tidak naikkan (faedah) dan mereka yang tidak bagus kita naikkan, itu bersasar.
"Kedua, kita mencadangkan bahawa aliran tunai ringgit di pasaran atau di luar negara dikurangkan bagi menstabilkan ringgit.
"Jadi, pengguna dan peniaga membeli barangan yang mereka perlu supaya tiada permintaan yang terlampau tinggi sebab kita mengehadkan mata wang ringgit," katanya.
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar penambatan ringgit bagi menstabilkan mata wang negara itu di pasaran kewangan.
Rahimah Abdullah
Tue Sep 06 2022
Chris Danial Wong berkata, kenaikan OPR sebanyak dua kali sebelum ini tidak langsung membantu menstabilkan ringgit. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.
OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.